video terbaik puisi

Loading...

Tuesday, 19 April 2011

ERTI SAHABAT SEJATI


Rakan,
Tiada kau siapalah diriku di dunia ini,
Sentiasa ada tika ku duka dan bahagia,
Menemani ku sampai kapan pun,
Hanya kau penawar dan racun di hatiku,
Tidak luput kau di ingatan ku,
Hingga jasad ku di timbus dek tanah di kuburan,

Sahabat,
Sentiasa menjadi harapan di hatiku,
Membuat aku sayang padamu,
Bukan sayang sebagai kekasih,
Sayang sebagai sahabat sejati di minda segar ku,
Kerna semangat mu sentiasa hadir membantu ku,
Jasa mu tetap dikenang hingga akhir hayatku,

Kawan,
Mudah mencari 1001 kawan,
Tapi bukan mudah untuk mencari kawan sejati,
Tidak pasti akan ku temu kawan sejati dalam 1001 kawan,
Kerna kau adalah kau,
Dan tidak siapa dapat mengantikan mu walau berjuta kawan pun,
Kerna di kau lah kawan sejati buat diriku di dunia ini,

Sejati,
Cinta sejati hanya datang sekali,
Tapi sejati nya cinta tidak mampu tandingi sahabat sejati,
Kerna sahabat sentiasa hadir pada ku,
Cinta sentiasa datang dan pergi,
Tapi tidak pada sahabat sejati yg teguh di hati,
Kerna hakikatnya sahabat itu teguh bagai cinta sejati di syurga,
Dan kekal bagai di syurga cinta……..

KEPADA SAHABATKU:ALWANI RAIHAN,UMI HUMAIRA,ILA ZALILA,SYUHADA RAHIM.

HAKCIPTA TERPELIHARA:AZFAR JUAHIR

1 comment: