Tuesday 19 April 2011

KETIKA ITU..


saat ku berjumpa dgn mu,
hanya dirimu yang ku lihat,
takkala itu hati ku mula tertanya,
apakah dirimu sudah mmpunyai teman hidup,

malang hidup ku kerana,
saat aku sedang mengecapi bahagia,
dirimu pergi dengan tiba-tiba,
aku bagai tidak keruan,

dirimu terus melupakan diriku,
hanya kerana seorang yang bernama lelaki,
saat bahagia antara kita,
tidak pernah ku lupakan,

aku bagai hilang arah,
hilang ditiup badai ombak yang sedang mengganas,
hilang tika matahari menjelma,
hilang sinar dalam hidup ku saat dirimu pergi,


tidak ku melupakan saat-saat indah antara kita....
bersama......

HAKCIPTA TERPELIHARA:SYAFIQ MICET

ERTI SAHABAT SEJATI


Rakan,
Tiada kau siapalah diriku di dunia ini,
Sentiasa ada tika ku duka dan bahagia,
Menemani ku sampai kapan pun,
Hanya kau penawar dan racun di hatiku,
Tidak luput kau di ingatan ku,
Hingga jasad ku di timbus dek tanah di kuburan,

Sahabat,
Sentiasa menjadi harapan di hatiku,
Membuat aku sayang padamu,
Bukan sayang sebagai kekasih,
Sayang sebagai sahabat sejati di minda segar ku,
Kerna semangat mu sentiasa hadir membantu ku,
Jasa mu tetap dikenang hingga akhir hayatku,

Kawan,
Mudah mencari 1001 kawan,
Tapi bukan mudah untuk mencari kawan sejati,
Tidak pasti akan ku temu kawan sejati dalam 1001 kawan,
Kerna kau adalah kau,
Dan tidak siapa dapat mengantikan mu walau berjuta kawan pun,
Kerna di kau lah kawan sejati buat diriku di dunia ini,

Sejati,
Cinta sejati hanya datang sekali,
Tapi sejati nya cinta tidak mampu tandingi sahabat sejati,
Kerna sahabat sentiasa hadir pada ku,
Cinta sentiasa datang dan pergi,
Tapi tidak pada sahabat sejati yg teguh di hati,
Kerna hakikatnya sahabat itu teguh bagai cinta sejati di syurga,
Dan kekal bagai di syurga cinta……..

KEPADA SAHABATKU:ALWANI RAIHAN,UMI HUMAIRA,ILA ZALILA,SYUHADA RAHIM.

HAKCIPTA TERPELIHARA:AZFAR JUAHIR

PENANTIAN YANG TIDAK PASTI


satu hari satu masa....
saya harap awak akan ingat saya...
satu hari satu masa....
saya harap awak x kan lupa janji kita...
satu hari satu masa.....
hati awak akan sentiasa untuk saya....
satu hari satu masa...
cume awak dan saya....
satu hari satu masa....
akan saya habiskan sisa hidup dengan awak.....
tapi satu hari tetap sehari....
satu masa tetap satu masa....
tak pernah berganda.....
awak masih awak....
saya menunggu awak....
penantian yang x pastI....
membuahkan sengsara di hati.....
kenapa harus menanti...
sedangkan jiwa hampir mati....
kenapa harus diingati....
ketika hati x mampu tersenyum kembali.....
SAHABAT KU
-yang slalu menunggu sesuatu yang hampir x pasti-

HAKCIPTA TERPELIHARA:AIN-NEE JUMAIN

Thursday 14 April 2011

KEALPAAN MANUSIA


penat..
penat dengan dunia....
penat dengan segala cerita....
penat dengan segala muslihat....

mati..
pengakhiran yang sempurna...
bagi segala kesengsaraan...
mengapa harus diakhiri hidup ini dengan mudah.....
sedang insan yang lain bermatian untuk memnajangkan hidup mereka....
tapi dengan mudah kita menamatkannya...

manusia...
ciptaan yang susah difahami....
bnyak rahsia yang tersembunyi....
hargai hidup yang masih tersisa...
kerana mungkin....
mati menjemput kita...
sebelum sempat mengecapi usia tua....
       
buat arwah sepupuku (22):sya aim's

HAKCIPTA TERPELIHARA:AIN-NEE JUMAIN

DAIFNYA SEORANG NELAYAN


Lautan  terbentang  tempat mencari hasil,
Buat seorang nelayan tua,
Hanya untuk mencari rezeki yang halal,
Kudrat tulang empat kerat sebagai senjata.

 Pondok usang tempat berteduh seisi keluarga,
Sentiasa bersyukur nikmat yang dilimpahkan,
 Bahagia dengan nikmat yang ada,
Tidak merungut dengan dugaan yang di anugerahkan tuhan.

Hidupnya miskin papa kedana,
Susahnya hidup seorang nelayan,
Tidak kaya nan harta,
Tapi kaya dengan 1000 kebahagiaan,

Hati gembira rasa tak terkira,
Pabila mendapat sesuap rezeki,
Hidup susah tapi bahagia,
Kerna hidupnya tidak mengharapkan  simpati.

Memandang laut mengenang nasib,
Tidak sanggup menahan derita,
Biarpun susah tetap bertahan,
Moga hidupnya diberkati oleh-NYA.

HAKCIPTA TERPELIHARA:AZFAR jUAHIR